Andai kau mengerti..

by ndiafablicious87   Jul 9, 2008


Andai kau boleh memahami,

sakit dan peritnya,

apa yang ku tanggung sekarang ini..

pasti kau takkan terus menyeksa jiwaku..

andai kau mampu mengerti..

betapa terseksa nya diri ini

betapa terluka nya hati ini..

ku pasti kau takkan buat aku begini..

andai kau ingin tahu

apa yang telah aku alami

apa yang terpaksa aku hindari..

apa yang harus aku lepaskan..

apa yang aku perlukan..

ku tidak lagi pasti..

andai kau ingin meneruskan lagi permainan yang cuba kau menangi

dengan memberi seribu satu janji..

mencipta pelbagai alasan..

mempergadaikan nilai hati dan perasaan..

hanya kerna seronok...

mempermainkankan dan memperolokkan

hidup orang lain

tanpa sedar

tanpa rela

aku tersungkur...

aku akur..

aku bukan manusia begitu..

yang boleh mengikut jejakmu

dalam meneruskan permainan ini..

aku mengaku

jiwa ku sakit

hati ku lara dan terus terluka

ku pohon darimu...

ku hanya mahu berbahgia dan gembira

meninggalkan segala yang menyakitkan + menyedihkan di belakang sana

izinkan aku berlalu

tanpa perlu aku membawa semua itu bersama...

dalam aku meniti arus-arus kehidupan ini..

tapi

bisa kah kau memahami semua ini?

kerna ENGKAU ku kira

manusia yang tidak punya hati dan perasaan..

hidup tanpa nilai belas kasihan..

aku cabar...

mampukah kau memahami apa yang ingin ku sampaikan??

andai kau mengerti...
original by mE,
ndia abdullah...

0


Did You Like This Poem?

Latest Comments